fbpx

Konflik Palestin-Israel: 2.2 juta penduduk Gaza dikepung, semua bekalan disekat Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita dan lelaki berlari keluar dari sebuah rumah yang dibom tentera Israel sambil mendukung kanak-kanak di Bandar G

BANDAR GAZA – “Ke mana kami harus pergi? Adakah masih terdapat tempat yang selamat di kawasan kejiranan ini yang dahulunya tenang dan cantik?” soal seorang penduduk sebuah apartmen di Rimal, Bandar Gaza kepada wartawan Badan Penyiaran Britain (BBC).

Serangan bertubi-tubi tentera Zionis dengan pesawat perang terus melepaskan bedilan ke atas Gaza menyebabkan kerosakan kepada bangunan kediaman dan pejabat syarikat telekomunikasi, selain bangunan fakulti Universiti Islam Gaza turut rosak.  

Ketika fajar menyingsing semalam, jumlah serangan berkurangan dan orang ramai mula melihat tahap kemusnahan.

Infrastruktur kejiranan di barat daya itu rosak teruk manakala kebanyakan jalan raya yang menuju ke Bandar Gaza terputus.

“Saya kehilangan segala-galanya. Pangsapuri saya di mana lima anak saya tinggal, berada di dalam bangunan ini. Kedai runcit saya di bawah bangunan juga telah musnah,” kata Mohammed Abu al-Kass sambil memegang tangan anak perempuannya, Shahd.

Angka kematian di Gaza sejak Sabtu lalu kini lebih 900 orang termasuk 260 kanak-kanak, demikian menurut Kementerian Kesihatan Palestin, manakala 4,500 orang cedera.

Krisis kemanusiaan yang sudah sedia teruk di wilayah kecil yang sesak dengan penduduk itu juga semakin mendalam apabila seramai 2.2 juta orang kehabisan makanan, bahan api, bekalan elektrik dan air.

Kehidupan penduduk yang selama ini sudah sedia ditindas semakin melarat selepas Rejim Zionis mengarahkan pengepungan sepenuhnya ke atas Bandar Gaza dan memotong semua bekalan penting.

“Bolehkah anda bayangkan bahawa kami hidup tanpa bekalan elektrik atau air pada abad ke-21? Bayi saya telah kehabisan lampin dan hanya tinggal setengah botol susu sahaja lagi,” kata Waad al-Mughrabi sambil memandang ke arah bangunan yang musnah di sebelahnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI