fbpx

Isu kos pengambilan amah Indonesia masih dibincangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V. Sivakumar (tengah) menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Perasmian Forum Antarabangsa Pekerjaan Nasional (IPEF) 2023, di KLCC hari ini. - Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) masih dalam proses perbincangan dengan Indonesia mengenai isu pengambilan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) atau pembantu rumah.

Menterinya, V Sivakumar berkata, antara isu yang masih menjadi keutamaan adalah berkaitan dengan kos yang terlibat bagi tujuan berkenaan.

“Kita memang dalam perbicangan untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi satu daripada isu yang masih dalam perbincangan adalah berkaitan dengan kos pengambilan itu sendiri.

“Kita akan cuba kurangkan kos itu, jadi pihak terlibat dan jawatankuasa kerja di antara Malaysia dengan Indonesia masih berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Antarabangsa Pekerjaan Nasional (IPEF) 2023, di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Kedutaan Indonesia mendedahkan, daripada 81,129 permohonan, hanya 4,400 diluluskan Malaysia setakat ini membabitkan PDI atau pembantu rumah yang diterima dalam tempoh lebih setahun.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, ia merupakan jurang yang luas antara permohonan untuk amah bekerja di negara ini dan mereka yang diterima masuk.

Pada 1 April 2022, Malaysia dan Indonesia telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan PDI di negara ini.

Antara kandungan MoU itu adalah penetapan kos maksimum pengambilan dengan kadar RM15,000 untuk seorang PDI hanya boleh berkhidmat untuk isi rumah tidak lebih enam orang, hanya menjaga rumah atau anak atau orang tua, selain gaji perlu dibayar sebelum hari ketujuh setiap bulan dengan upah minimum RM1,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI