fbpx

Harimau Malaya harus benam India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Harimau Malaya berkemungkinan hanya bermain satu perlawanan jika tewas kepada India pada Pestabola Merdeka 2023 selepas Palestin menarik diri.

SKUAD Harimau Malaya berpotensi untuk hanya bermain satu perlawanan pada kalender antarabangsa FIFA bulan ini andai tewas pada perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka bertemu India, Jumaat nanti.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman ber­kata, keputusan untuk kekalkan format menyaksikan kemung­kinan Malaysia hanya beraksi satu aksi andai gagal tewaskan India nanti.

Kata Noor Azman, sukar untuk mencari pasukan pengganti kerana hampir semua negara di rantau ini sudah mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa dan ada yang bersaing pada pusingan awal kelayakan Piala Dunia 2026.

“Kemungkinan untuk Malaysia bermain satu perlawanan itu ada, tetapi kita hanya mampu doakan yang terbaik agar Malaysia dapat menewaskan India, sekali gus mara ke final Selasa depan,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebagai rekod, skuad Palestin yang dijadualkan turut beraksi pada Pestabola Merdeka kali ini terpaksa menarik diri saat akhir ekoran konflik peperangan yang melanda dengan rejim zionis ­ketika ini.

Situasi tersebut menyaksikan FAM membuat keputusan untuk kekalkan format dengan Malaysia bertemu India, manakala satu lagi negara yang dijemput, Taji­kistan yang sepatutnya menentang Palestin mendapat ‘bye’.

Andai skuad Harimau Malaya terpaksa bermain hanya satu perlawanan, sudah tentu ia menjejaskan momentum pasukan yang kini dalam fasa persiapan mengharungi kelayakan Piala Dunia 2026 bulan depan dan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari nanti.

Skuad negara kendalian Kim Pan-gon kini berada pada tahap terbaik apabila tidak tewas pada semua enam perlawanan antarabangsa yang diharungi sejak Mac lepas.

Pasukan kebangsaan berjaya menewaskan Hong Kong, Turkmenistan, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan meraih keputusan seri menentang skuad berpengaruh Asia seperti China dan Syria bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI