fbpx

Gadis hilang kaki, tangan kiri selepas ditolak ‘stalker’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditolak ke arah kereta api yang sedang bergerak oleh dua lelaki. - Canva

NEW DELHI, India – Seorang gadis berusia 16 tahun di negeri Uttar Pradesh hilang kedua-dua kaki dan tangan kirinya serta mengalami patah tulang akibat ditolak ke arah kereta api yang sedang bergerak oleh dua lelaki yang mengekorinya sejak dua bulan lalu.

Portal berita The Indian Express melaporkan bahawa insiden itu berlaku pada petang semalam di pinggir daerah Bareilly.

Mangsa dimasukkan ke sebuah hospital pada hari sama di mana dia menjalani pembedahan yang panjang sehingga awal pagi tadi dan keadaannya serius, demikian menurut pihak hospital.

Sementara itu, Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath meluluskan pampasan 500,000 rupee (RM28,426) kepada keluarga gadis itu dan mengarahkan rawatan perubatan sewajarnya diberikan kepada mangsa. 

Tiga pegawai polis dilaporkan digantung kerja kerana kecuaian.

Polis Bareilly pada awalnya berkata, kejadian itu adalah cubaan membunuh diri akibat putus cinta. 

Bagaimanapun pagi tadi, bapa saudara mangsa membuat laporan polis dan menamakan dua suspek dari kampung di mana gadis itu tinggal.

“Laporan diterima dan pengadu menamakan dua suspek di kampung sama kerana menolak anak saudaranya ke landasan kereta api.

“Kami sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk memastikan sama ada mangsa diekori suspek,” kata polis. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI