fbpx

EPL: Maguire dedah dapat panggilan bakar semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE

LONDON – Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire mendedahkan bahawa dia telah menerima panggilan telefon daripada bintang idolanya, David Beckham yang memberinya nasihat mengenai cara untuk menangani tekanan selepas menerima kecaman teruk ekoran prestasinya bersama The Red Devils dan England.

Beckham yang sebelum ini turut berdepan nasib yang sama ketika dilayangkan kad merah pada aksi Piala Dunia 1998 berasa terpanggil untuk membantu Maguire ketika dia dikritik hebat kerana menjaringkan gol sendiri ketika menentang Scotland pada aksi persahabatan bulan lalu.

“Dia (Beckham) adalah idola saya ketika mula bermain bola sepak. Orang bercakap mengenai saya ketika ini, tetapi apabila melihat apa yang telah dilalui oleh Beckham sebelum ini dan ketenangan yang ditunjukkan, ia membuatkan saya terinspirasi.

“Saya bercakapa dengan David tiga minggu lalu selepas aksi menentang Scotland. Dia memberikan nasihat dan pandangan yang sangat baik dan saya menghargainya.

“Saya tidak mahu mendedahkan secara terperinci mengenai perbualan kami, tetapi paling utama dia mengingatkan saya mengenai karier yang saya perlu lalui dan banyak lagi momen besar yang saya perlu hadapi selepas ini.

“Apabila anda melalui saat-saat yang sukar, anda kemudiannya akan melihatnya sebagai pengalaman dan memori. Setiap karier pastinya ada naik dan turun, terutama apabila anda dilantik sebagai ketua pasukan sebuah kelab yang terbesar di dunia. David juga pernah berada pada kedudukan itu sebelum ini dan sangat memahaminya,” jelasnya.

Bagaimanapun, tekanan ke atas Maguire sedikit lega selepas dia berjaya mencipta umpanan gol untuk jaringan kemenangan ketika membantu United bangkit menewaskan Brentford sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI