fbpx

EPL: Liverpool sukar cabar kejuaraan liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL berdepan masalah terutama di bahagian tengah apabila beberapa pemain baharu mereka masih belum dapat menyesuaikan diri. - AFP

LONDON – Bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher percaya bahawa pasukan itu tidak mampu untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila masih gagal untuk menguatkan dua posisi dalam pasukan itu.

The Reds sekadar terikat 2-2 menentang Brighton Ahad lalu sekali gus menyaksikan mereka sekadar menduduki tangga ketiga liga ketika ini biarpun aksi berkenaan sekali lagi mencetuskan beberapa isu ekoran kegagalan Video Bantuan Pengadil.

“Saya masih sangsi mengenai kemampuan Liverpool untuk meraih trofi Liga Perdana Inggeris musim ini. Mungkin mereka hanya mampu melakukannya pada musim depan, tetapi selepas melakukan beberapa penambahbaikan.

“Apa yang saya lihat, mereka masih kekurangan sengat di bahagian tengah dan mungkin juga kekuatan di benteng pertahanan. Mereka perlu memberikan tumpuan pada bahagian tersebut sebelum boleh memikirkan mengenai kejuaraan,” jelasnya.

Liverpool berdepan masalah di bahagian tengah selepas kehilangan Jordan Henderson, Fabinho, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain, namun kehadiran Alexis Mac Allister, Ryan Gravenberch dan Wataro Endo dilihat belum mampu mengisi kekosongan tersebut.

Musim panas lalu menyaksikan pengurus pasukan itu, Jurgen Klopp menamakan dua pemain, Moises Caiced dan Romeo Lavia untuk menguatkan bahagian tengah, malangnya kedua-dua pemain itu memilih untuk menyertai Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI