fbpx

EPL: Karier Onana di Old Trafford celaru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA

MANCHESTER – Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand percaya bahawa penjaga gol pasukan itu, Andre Onana perlu bersetuju bahawa pemulaan kariernya di Old Trafford tidak berjalan lancar selepas beberapa siri kesilapan berprofil tinggi.

Onana dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi sama ketika dia membantu Inter Milan musim lalu yang berjaya mara ke final Liga Juara-Juara melalui aksinya yang dipamerkan sepanjang lapan perlawanan awal musim Liga Perdana Inggeris.

Terbaharu, Onana dipersalahkan ketika gagal menyelamatkan gol yang dihasilkan oleh Mathis Jensen ketika menentang Brentford ketika rembatan tersebut dinilai mampu untuk diselamatkan, tetapi ia menyebabkan United ketinggalan.

Bagaimanapun, United terpaksa berterima kasih kepada Scott McTominay berjaya meledak dua gol untuk membantu pasukan itu mencatat kemenangan 2-1 menerusi jaringan pada masa kecederaan.

Beberapa siri kesilapan yang dilakukan Onana menyebabkan dia mula dibandingkan dengan bekas penjaga gol, David De Gea, namun Ferdinand percaya apa yang dipamerkan pemain antarabangsa Cameroon itu masih jauh daripada standard yang diperlukan United.

“Dia (Onana) sepatutnya melakukan kerja-kerja menyelamat. Dalam latihan, dia mungkin melakukannya, tetapi saya mendengar nasihat diberikan oleh Peter Schmeichel kepadanya supaya lebih bijak mengawal tekanan.

“Buat masa ini, saya percaya Onana dalam keadaan sangat tertekan kerana siri kesilapan yang dilakukan. Ramai yang mula mempersoalkan kemampuannya. Saya bersama De Gea ketika dia mula tiba di Old Trafford.

“De Gea masih muda ketika itu dan dia juga tidak bermula dengan baik. Saya fikir 10 perlawanan pertama tidak jauh berbeza dengan prestasi Onana ketika ini. Onana perlu terus berusaha untuk mengubah nasibnya bersama pasukan ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI