fbpx

Dua perhimpunan tema Palestin di KL Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster himpunan aman berlangsung pada Jumaat ini.

PUTRAJAYA – Umat Islam di sekitar Lembah Klang boleh menzahirkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin menerusi penganjuran dua perhimpunan bertemakan negara Islam itu pada Jumaat ini.

Dua perhimpunan itu melibatkan Himpunan Aman Solidariti Mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang diadakan di pekarangan Masjid Negara selain Himpunan Malaysia Bangkit Bersama Palestin di Masjid Tabung Haji.

Menurut jurucakap sekretariat perhimpunan itu, Farazdak Fargas, pihaknya menyasarkan seramai 2,000 orang menyertai himpunan tersebut.

“Insya-Allah kami sedang menguruskan isu permit dengan pihak polis dan akan mematuhi segala isu di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 yang ditetapkan kerajaan.

“Kami juga menjangkakan ramai pemimpin politik termasuk menteri dan timbalan menteri akan hadir bagi memberikan sokongan sebelum bersurai sejam kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas dan Perikatan Nasional (PN), Nadzir Helmi berkata, pihaknya menjangkakan sejumlah 5,000 orang akan hadir menyertai himpunan dikelolakan mereka.

“Dewan Pemuda Pas diamanahkan sebagai penganjur bagi program tersebut, namun kami terbuka kepada semua individu tanpa kira fahaman politik untuk datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI