fbpx

Dua hari cari remaja lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa membawa mayat remaja lelaki yang ditemui selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Inobong semalam.

PENAMPANG – Seorang remaja lelaki ditemui lemas hari ini selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Inobong semalam.

Pasukan bomba menemui mayat Ashley Preston Hartley, 13, kira-kira 1.3 kilometer dari jarak mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah memasuki hari kedua dan disambung kira-kira pukul 6 pagi tadi.

“Mangsa berjaya ditemui oleh pasukan bomba pada 1.3 kilometer dari jarak mangsa dilaporkan jatuh.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, operasi SAR dilakukan sepanjang sungai menggunakan bot dan teknik menyusuri tebing sungai berjalan kaki oleh anggota penyelamat sebelum operasi ditamatkan pada pukul 7.51 pagi.

Terdahulu, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam sungai ketika bermain di tepi sungai bersama empat rakannya dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI