fbpx

Dewan Rakyat: Kemahiran berkaitan EV dibangkit di Parlimen hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rancangan untuk menambah bilangan kolej vokasional yang menawarkan kursus kemahiran dalam industri kenderaan elektrik (EV) dijangka menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Dewan Rakyat, Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) ingin tahu rancangan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk kursus Teknikal dan Vokasional (TVET) yang seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Turut dijangka mencuri perhatian adalah pertanyaan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai usaha kerajaan dalam mengatasi kes keganasan melibatkan “along” atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen.

Selain itu, Tan Kok Wai (PH-Cheras) akan meminta kerajaan menyatakan kekurangan dikenal pasti dalam
sistem kesihatan negara terutama semasa Covid-19 yang diangggap tidak konsisten dengan aspirasi “Kesihatan untuk Semua”.

Begitu juga rancangan reformasi sistem penjagaan kesihatan menyeluruh yang akan dilakukan untuk
meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia dijangka turut dibangkitkan.

Dalam pada itu, Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023 dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI