INGIN merakamkan momen gembira sebelum melahirkan anak kedua, Aurel Hermansyah yang juga isteri kepada pensohor media sosial, Atta Halilintar berdepan usikan nakal netizen.
Sesi fotografi ketika sarat hamil yang tersebar baru-baru ini mencetuskan pelbagai komen dalam platform media sosial dengan rata-rata bertanyakan mengenai bibirnya.
Bibir anak sulung penyanyi Krisdayanti itu didakwa kelihatan sangat berbeza daripada sebelumnya, malah kelihatan lebih mungil dan tebal.
Dalam tinjauan dalam aplikasi TikTok, banyak akaun memuat naik video penggambaran tersebut dengan menambah gambar beberapa personaliti berbibir tebal lain.
Antaranya termasuklah usahawan selebriti tanah air, Datuk Seri Vida yang turut dikenali di Indonesia.
Pada sesi fotografi tersebut Aurel, 25, memilih gaun satin rona merah dengan rekaan lengan berkepok, manakala bahagian kepalanya dihiasi bunga-bungaan mawar sebagai latar.
Begitupun, rata-rata pengikut di platform sama memuji penampilannya dalam busana merah jambu yang disifatkan lebih manis dan menawan.