fbpx

319 polis Selangor dikenakan tindakan tatatertib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika ditemui selepas program di Pelabuhan Klang, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KLANG – Seramai 319 anggota polis daripada pelbagai pangkat di seluruh Selangor telah dikenakan tindakan sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, terdapat penurunan jumlah anggota yang dikenakan tindakan tersebut berbanding tahun lalu.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 462 anggota polis yang dikenakan tindakan, iaitu 17 anggota pegawai kanan polis dan 445 anggota pangkat rendah.

“Bagi tahun ini pula melibatkan seramai 19 anggota pegawai kanan polis dan 300 anggota pangkat rendah yang telah dikenakan tindakan kerana membuat kesalahan ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Latih Amal Ops Ex-Ganjar 2023 di Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kesalahan integriti adalah paling tinggi dicatatkan iaitu merangkumi 217 anggota pangkat rendah dan pegawai kanan polis.

Tambah Hussein, ini diikuti kesalahan jenayah dengan 47 anggota polis.

“Seramai 15,000 anggota polis yang bertugas di Selangor. Jadi, mereka yang melakukan kesalahan ini hanyalah angka yang kecil.

“Apapun, kita tidak akan berkompromi kepada mana-mana anggota yang melakukan apa-apa kesalahan. Polis harus menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI