TEL AVIV – Kira-kira 1,500 mayat pejuang Hamas ditemui di Israel sekitar Semenanjung Gaza, kata tentera Israel hari ini ketika Rejim Zionis terus mengebom wilayah Palestin yang terkepung itu.
“Kira-kira 1,500 mayat pejuang Hamas ditemui di Israel sekitar Semenanjung Gaza. Sejak semalam tiada sesiapa masuk (ke Israel) tetapi pencerobohan masih boleh berlaku,” kata jurucakap tentera, Richard Hecht sambil menambah, pasukan keselamatan Israel telah menguasai semula sempadannya dengan Gaza.
Menurut Hecht, tentera telah mengerahkan 35 battalion ke kawasan sempadan.
“Kami sedang membina infrastruktur untuk operasi pada masa hadapan,” katanya.
Israel melancarkan serangan udara dan artileri besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza yang setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 687 penduduk Palestin. – AFP