fbpx

Tangisan Azharina buat Sissy Imann kenang insiden lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SISSY Iman memahami apa yang dirasai penyanyi Azharina kerana pernah melalui situasi serupa ketika menyertai Famili Duo.

PETALING JAYA – Tangisan Azharina Azhar ketika sidang media All Stars Gegar Vaganza (GV10) meraih perhatian penyanyi Sissy Imann yang mengakui pernah berhadapan situasi sama dalam program Famili Duo musim ketiga.

Katanya, kekhilafan dalam persembahan sehingga mengecewakan tenaga pengajar antara perkara yang mencetuskan rasa sedih, bukan menitiskan air mata disebabkan kritikan juri.

“Saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di GV10 malam kelmarin tapi ternampak video bila kak Nina (Azharina) menangis, saya boleh kaitkan dengan diri saya.

“Inilah yang orang tak tahu sebenarnya, tak semua orang faham bila kita nampak sedih selepas persembahan. Bukan apa yang dikomen tapi sebab sudah kecewakan guru-guru kita.

“Mereka bersengkang mata bantu supaya kita tampil sehabis baik. Kita jadi hiba atas kekhilafan diri sendiri di atas pentas,” kongsinya dalam Instagram Story.

Penyanyi Ribut itu bagaimana pun menghormati pendapat juri yang diamanahkan selain pada masa sama menzahirkan penghargaan atas persembahan Azharina.

Baginya, juara GV musim tiga itu sudah melaksanakan tugas memapamerkan  aksi terbaik dalam konsert ASGV minggu ketiga pada Ahad lalu.

“Pastinya pendapat juri perlu dihormati, tetapi segala yang berlaku di atas pentas bukanlah semberono.

“Sebagai penghibur setiap tindakan kita atas pentas lebih-lebih lagi dalam pertandingan besar seperti itu pastinya disertakan dengan persediaan rapi.

“Apa pun muzik sangat subjektif dan interpretasi setiap penghibur berbeza, begitu juga dengan pendapat pendengar yang berlainan.

“Saya pasti anda (Azharina) sudah buat hingga ke tahap terbaik. Respek,” ujar penyanyi merangkap komposer itu lagi .

Pada malam persembahan, Azharina, 38, yang membawakan lagu klasik Sayang Di Sayang berada pada kedudukan 11 apabila hanya memperoleh markah juri sebanyak 58 peratus.

Sesi penjurian menjadi sedikit tegang apabila juri menegur vokal dan kesilapan penyanyi asal Sabah itu menterjemah emosi tatkala menyampaikan lagu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI