PETALING JAYA – Ucapan ‘berhantu’ Briged Al-Qassam yang akan menghukum mati tebusan Israel bagi setiap serangan dilancarkan Zionis telah menaikkan semangat dunia terutama rakyat Malaysia.
Ucapan jurucakapnya, Abu Ubaidah yang mengumumkan tindakan drastik itu disiarkan secara langsung di Al Jazeera.
Rakaman video itu dikongsi Aktivis kemanusiaan Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
“Terkini dan gempar. Abu Ubaidah berucap bahawa setiap serangan Israel terhadap orang awam akan dihukum mati dengan tebusan mereka yang ada pada kami,” tulis Muhammad Nadir.
Beliau juga berjanji untuk menyiarkan hukuman ini melalui audio dan video.
Ruangan komen dipenuhi dengan reaksi rakyat Malaysia yang menyokong akan tindakan Abu Ubaidah.
Khairul Hafiz berkata tindakan Israel yang menyasarkan orang awam untuk menunjukkan bahawa mereka hebat adalah sebenarnya tindakan pengecut.
“Kalau bukan kerana pentingkan keselamatan orang awam, pejuang-pejuang elit ini mesti berjuang secara habis-habisan. Semoga umat Islam Palestin dilindungi Allah SWT,” ujarnya.
“Takbir Allahuakbar! Semoga kemenangan memihak kepada Palestin dan para mujahid dilindungi di mana mereka berada,” tulis Harniwati Hussain. – KOSMO! ONLINE.