fbpx

Polis Peru selamatkan 44 rakyat Malaysia ditawan sindiket ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR disiarkan semalam menunjukkan sebahagian daripada 44 imigran Asia yang diselamatkan oleh polis Peru. – AFP

LIMA – Polis Peru  menyelamatkan 44 orang dari Asia yang ditangkap pertubuhan penjenayah Taiwan dan  digunakan dalam skim peras ugut di negara Amerika Selatan itu, kata beberapa pegawai di Lima semalam.

Warga asing itu dipaksa membuat panggilan kepada syarikat-syarikat  di Malaysia dan Taiwan untuk menuntut wang dengan  menyamar sebagai pegawai polis atau mahkamah, kata ketua unit siasatan penyeludupan manusia, Jeneral Carlos Malaver kepada AFP.

“Mereka yang diselamatkan dalam operasi  di pinggir bandar Lima pada hujung minggu lalu itu ialah 43 rakyat Malaysia dan seorang dari Taiwan,” katanya. 

Semua tawanan itu bekerja hanya pada waktu malam dan hidup dalam persekitaran sesak serta diberi makan sekali sahaja sehari.

Polis turut menahan  enam warga Taiwan dan dua rakyat Peru.

Semua warga asing itu memasuki Peru pada September lalu dan diumpan menerusi media sosial dengan dijanjikan pekerjaan di kasino di Lima. Beberapa mangsa memberitahu polis bahawa mereka dibawa ke Amsterdam di Belanda dan kemudian ke Peru.

Setibanya di sana, anggota kumpulan jenayah Taiwan dikenali sebagai Naga Merah merampas pasport mereka dan memutuskan komunikasi, kata polis.

Polis melancarkan operasi selepas dua tawanan wanita berjaya melarikan diri dan memaklumkan pihak berkuasa.

Dalam serbuan itu, polis turut  merampas wang tunai  lebih AS$10,000 (RM47,320) berpuluh-puluh telefon bimbit dan kad bank dari kediaman di mana semua warga asing itu ditahan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI