fbpx

Hukuman ibu tunggal, tomboi dera kanak-kanak 7 tahun ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, Awin Chua (dua dari kanan) dan ibu tunggal (dua dari kiri) dibawa Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini untuk mendengar hukuman pertuduhan mendera kanak-kanak 7 tahun, Julai lalu. - Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini menangguhkan keputusan penghukuman terhadap seorang ibu tunggal dan rakan serumah berperwatakan tomboi yang didakwa mendera kanak-kanak berusia 7 tahun, Julai lalu.

Penangguhan sehingga 1 November depan itu dibuat ekoran Hakim, VM. Mabel Sheela bercuti sakit.

Peguam kedua-dua tertuduh, Abd. Rahim Ali memberitahu perkara itu kepada pemberita ketika ditemui di luar pekarangan mahkamah, di sini hari ini.

“Kes ini ditangguhkan kepada 1 November kerana dimaklumkan hakim yang bertugas cuti sakit. Penangguhan ini termasuk bagi fakta kes dan penghukuman.

“Buat masa ini kedua-dua orang kena tuduh (OKT) itu ditahan di Penjara Simpang Renggam. Saya dimaklumkan juga ibu tunggal tersebut telah mengalami kecederaan retak tulang kaki kanan akibat terjatuh di bilik air.

“Bagaimanapun rawatan telah diberikan kepadanya,” katanya.

Terdahulu, ibu tunggal berusia 27 tahun dan Awin Chua, 30, dibawa ke mahkamah menaiki van pada pukul 8.50 pagi dengan tangan masih bergari.

Kedua-dua mereka hadir ke mahkamah dengan memakai pakaian sama seperti dalam video tular, beberapa bulan lalu.

Pada 27 September lalu, kedua-dua tertuduh menukar pengakuan mereka kepada bersalah di Mahkamah Sesyen itu terhadap dua pertuduhan menganiaya dan mengabai anak kandung ibu tunggal berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-duanya mereka didakwa dengan niat menganiaya mangsa yang berada dalam pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat mengabaikan kanak-kanak itu ketika mangsa berada dalam pemeliharaan mereka.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis kediaman beralamat di Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI