fbpx

Dewan Rakyat: Hutang negara cecah RM1.08 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir tahun 2022 mencecah RM1.08 trilion, meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus berbanding RM979.814 bilion berbanding tahun lalu.

Perkara itu didedahkan Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi menerusi kenyataan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 yang dibentang dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut laporan itu lagi katanya, nisbah hutang Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pula dicatatkan pada kadar 60.3 peratus.

“Nisbah statutori Hutang Persekutuan yang membabitkan Bil Perbendaharaan Islamik, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Sekuriti Kerajaan Malaysia berjumlah RM1.032 trilion adalah pada nisbah 57.6 peratus kepada KDNK.

“Nisbah ini adalah di bawah had statutori 65peratus kepada KDNK yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2022,”katanya.

Mengulas lanjut, Wan Suraya berkata, kedudukan Liabiliti Persekutuan pada 2022 berjumlah RM1.399 trilion iaitu meningkat sebanyak RM94.116 bilion atau 7.2 peratus berbanding RM1.305 trilion pada 2021.

Jelasnya, nisbah Liabiliti Persekutuan kepada KDNK adalah 78.1 peratus iaitu menurun berbanding 84.3 peratus pada 2021.

“Liabiliti Kewangan terdiri daripada Liabiliti Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan Komitmen Kewangan serta Pelbagai Liabiliti pada 2022 dicatatkan sebanyak RM319.571 bilion.

“Daripada jumlah ini, sejumlah RM34.492 bilion adalah Liabiliti PFI yang mana kedudukan baki dicatatkan berkurangan sebanyak RM1.083 bilion atau tiga peratus.

“Pada 2021, kedudukan baki dicatatkan sebanyak RM35.575 bilion. Sejumlah RM2.493 bilion sudah dibelanjakan bagi melunaskan prinsipal pinjaman dan bayaran faedah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI