PETALING JAYA – Ramai rider meluahkan rasa kecewa apabila ‘disidai’ selepas pekerja sebuah kedai minuman didakwa lambat menyiapkan pesanan.
Menerusi video perkongsian yang dirakam di Instagram Story @farhanhrls, sekumpulan rider dilihat memarahi petugas-petugas premis berkenaan.
Video itu juga menunjukkan petugas cuba untuk menenangkan keadaan dan meminta rider lain untuk bersabar.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna simpati dengan petugas kedai itu dan menyifatkan ia adalah di luar kawalan.
“Awak boleh marah pengurusan mereka tetapi bukan kepada petugas. Mereka cuba lakukan apa yang mereka boleh lakukan,” sambungnya.
“Pengurusan yang salah tetapi petugas pula disalahkan,” komen seorang lagi pengguna laman sosial.
Rata-rata pengguna yang masuk ke kedai itu turut menunggu sekurang-kurangnya tiga jam untuk mendapatkan minuman mereka.
“Kenapa tidak limitkan pesanan Grab? Kalau sudah banyak, tutuplah selama satu jam dulu. Kasihan petugas,” kata Hasyimah Kafiah.
Malah, ada juga pengguna yang memberi cadangan untuk memberi promosi sebegini hanya kepada pelanggan yang membuat pesan di dalam kedai. – KOSMO! ONLINE
@zariffhaiqal #chagee #problem ♬ Gwenchana – Skinny Fun