PETALING JAYA – Seorang usahawan dan isterinya diuji kejadian mistik apabila muncul segumpal rambut dalam laksa yang direbus untuk dijual.
Bagi memastikan ia bukan kesilapan ketika menyediakan bahan tersebut, mereka memasak laksa yang baharu kali kedua, namun kejadian sama turut menimpa.
Menerusi TikToK Syed.fatin.jaeden.haifa, kedua-dua mereka kelihatan amat kecewa kerana dipercayai kejadian tersebut berlaku susulan hasad dengki pihak tertentu.
“Hari ni cadang niaga laksa sebab ramai rindu nak makan laksa kami. Kami tak kuat dah. Kami tinggalkan mi laksa kejap ja sebab sebab solekkan isteri sambil tunggu laksa masak.
“Alih-alih ni jadinya. Dua kali rebus tetap sama, mimpi ke apa ni? Terima kasih kepada yang buat kami macam ni,” tulisnya pada kapsyen video.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, malah ada yang turut berkongsi kejadian serupa.
“Pernah terjadi kepada diri sendiri. Masak kuah laksa malam sebab esok nak niaga. Bangun pagi nak panaskan, buka tudung periuk ulat penuh,” kongsi Zuraidahzuraidah.
“Sama. Kami pun kena, baru masak terus berbuih. Pelik sebab kuah laksa adalah kuah yang susah nak basi, lagi panaskan, lagi sedap,” komen seorang lagi pengguna.
“Dulu saya buat pau kukus, mula menguli tak ada gumpulan rambut, kali kedua ada rambut. Saya terus sakit 2 petang ke bawah sampai subuh saya tak larat bangun,” cerita Annur.
Dalam masa sama, ada juga yang mencadangkan supaya pasangan tersebut membawa gumpalan rambut itu ke makmal bagi menjalani proses pengecaman dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
“Bawa pergi makmal, buat ujian DNA,” cadang @Daisy_jasmine. – KOSMO! ONLINE
@syed.fatin.jaeden.haifaya Allah , wife menangis jadinya , takper , bukan rezeki , cuma penat sangat sebab pagi2 dah bangun mekapkan wife , dah lah x rehat sbb semalam event seharian , harini cadang niaga laksa sebab ramai nak sangat rindu nak makan laksa kitaorang , maafkan kami , kami x kuat dah … 😭😭😭 kami tinggalkan mee laksa kejap jer sebab mekapkan wife sambil2 tunggu mee laksa siap masak , alih2 tengok ni jadinya , 2 kali rebus tetap sama 😭 mimpi ke apa ni , tqqqq kepada yang buat kami camni