fbpx

Rezeki melatah ikut ‘gift’ TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian tersebut di TikTok.

PETALING JAYA – Orang ramai terhibur melihat video tular seorang lelaki melatah mengikuti ‘gift’ yang diberikan penonton di TikTok Live.

Melalui video yang dimuatnaik di aplikasi X itu, lelaki dikenali sebagai Shah itu dilihat melatah mengikut ‘gift’ TikTok yang diberi peminat seperti harimau, kereta lumba, unikorn dan banyak lagi.

Shah juga pernah tular di TikTok gara-gara video latahnya di restoran makanan segera.

Beliau dipercayai melatah selepas mendengar jeritan dan sentuhan mengejut daripada dua orang sekelilingnya.

Turut diperhatikan juga, lelaki itu kelihatan penat selepas menggayakan beberapa aksi.

“Kasihan abang itu penat,” komen seorang pengguna laman sosial.

Ada juga beberapa komen yang mengatakan gelagat lelaki melatah itu mirip Non Player Character yang hangat diperkatakan di TikTok buat masa kini.

“Isteri dia pun menyakat saja suaminya itu,” kata meranlee.

Video tular yang berdurasi dua minit itu telah menerima 297,000 orang yang menonton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI