fbpx

Perak harap projek lapangan terbang diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani bercakap di program Tanya Cikgu Saarani di UiTM Seri Iskandar hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

PARIT – Kerajaan negeri Perak mengharapkan kerajaan Pusat bersetuju terhadap cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Seri Iskandar terletak di kawasan Perak Tengah bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi di negeri tersebut.

Lapangan tersebut dilihat mampu memenuhi keperluan negeri itu untuk bersedia menerima limpahan pelaburan terutama Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) yang dilaporkan berpotensi mencipta pelaburan sehingga RM72 bilion bagi tempoh 25 tahun akan datang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihak negeri sudah ada tanah yang sesuai untuk dibangunkan lapangan terbang tersebut.

Katanya, cadangan itu masih tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan (Mof) dan Kementerian Pengangkutan (MoT).

“Tanah kita ada. Cuma cadangan ini tertakluk kepada persetujuan MoT dan MoF. Kalau mereka setuju, dapatlah kami. Kalau tidak setuju, tidak upayalah. Tapi kita harap mereka setujulah untuk jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas program Tanya Cikgu Saarani di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar di sini hari ini.

Pada Julai tahun ini, dilaporkan infrastruktur tersebut dicadangkan dibina di tapak seluas 1,618.7 hektar dan sudah memasuki kajian lapangan yang dikendalikan syarikat kejuruteraan berpangkalan di United Kingdom, Colebrand International Limited.

Dalam program yang tersebut, Saarani itu turut meluangkan masa hampir dua jam untuk bercakap di hadapan kira-kira lebih 500 pelajar daripada sekolah dan institut pengajian tinggi di kawasan tersebut bagi menghuraikan kepentingan pelan Perak Sejahtera 2030.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI