fbpx

Penipuan pembekalan 28,000 tan beras bernilai RM100 juta dibongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar kegiatan penipuan sebuah syarikat pembekalan beras di Kedah yang menyebabkan berlakunya masalah pengedaran dan penjualan bahan makanan utama negara.

Katanya, kontrak pembekalan bernilai lebih RM100 juta setahun itu diperoleh kira-kira tujuh tahun lalu

“Berdasarkan kontrak tersebut, syarikat terbabit telah membuat pinjaman bank kira-kira RM30 juta sebagai pembiayaan projek itu beberapa tahun lalu.

“Pengarah syarikat berkenaan telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri untuk mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun bernilai lebih RM100 juta, namun pembekalan tersebut tidak dibuat.

“Syarikat tersebut dikatakan telah menerima amaun kira-kira RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi,” katanya.

Kata sumber itu lagi, suspek terbabit juga dikatakan telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu kepada pihak bank untuk proses permohonan pembiayaan pinjaman.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan berkaitan siasatan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI