fbpx

Pelaksanaan GEG bakal beri kesan sosial kepada B40, berlaku pengangguran, tutup bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu faktor kesan sosial daripada pelaksanaan GEG adalah kadar penggangguran dijangka meningkat. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Rokok demi Kesihatan Awam 2023, yang merangkumi dasar Generasi Penamat Perokok (GEG), dijangka mengakibatkan kehilangan pekerjaan, penutupan perniagaan, impak sosial teruk terhadap kumpulan berpendapatan rendah.

Ia juga berpotensi untuk memberi impak kepada faktor tarikan negara sebagai destinasi pelaburan berpunca daripada sekatan-sekatan daripada rang undang-undang tersebut. 

Sementara terdapat beberapa perubahan di dalam rang undang-undang tersebut dialu-alukan, kerosakan kepada ekosistem tembakau akan kekal selama-lamanya.

 Pengarah Urusan Datametrics Research and Information Sdn. Bhd., Pankaj Kumar berkata, RUU GEG yang diperkenalkan di Malaysia adalah bersifat mendera dan menghukum kepada semua.

“Perniagaan boleh menjadi sukar untuk melaksanakan peruntukan tertentu di dalam undang-undang tersebut dan dalam sesetengah kes, ia akan meningkatkan kos pematuhan.

 “Dengan kos pematuhan yang dikaitkan dengan rang undang-undang tersebut, perniagaan bakal berdepan kesulitan untuk mencatat keuntungan di dalam persekitaran ekonomi yang sukar sekarang. 

“Ada yang mungkin terpaksa menutup perniagaan, menyebabkan ribuan pekerja kehilangan mata pencarian atau dalam kes lain, perniagaan terpaksa mengambil langkah penjimatan kos demi memastikan kos keseluruhan boleh ditanggung,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pankaj menerangkan, memandangkan RUU yang disemak itu akan mengekalkan larangan ke atas e-rokok dan produk vape,maka pastinya  produk vape dan vape adalah mangsa terbesarnya.

“Kerajaan telah mengeluarkan nikotin cecair daripada Akta Racun 1952 pada 31 Mac 2023, yang membolehkan cukai dikenakan ke atas e-cecair dengan nikotin berkuat kuasa 1 April 2023, tetapi masih terdapat kebimbangan mengenai rangka kerja pengawalseliaan.

 “Memandangkan industri itu berkembang dengan kukuh, menggaji lebih 31,500 pekerja dan hampir 10,000 perniagaan, rang undang-undang itu akan menyaksikan pertumbuhan industri vape disekat.

gambar hiasan

“Ini kerana ia tidak mengiktiraf vape sebagai alat Pengurangan Kemudaratan Tembakau (THR),” ujarnya.

Tambah beliau, industri tersebut  yang mempunyai volum perniagaan lebih RM3.48 bilion dan kebanyakannya menggaji kumpulan bumiputera, berisiko terhapus sama sekali sekiranya rang undang-undang tembakau yang dibentangkan di Parlimen tersebut diluluskan.

 “Walaupun Malaysia bertegas dalam memperkenalkan RUU GEG dan mengikut jejak langkah negara seperti New Zealand, kita pastinya tidak mengambil langkah yang betul dalam menangani ketagihan tembakau dengan program tersusun dengan bijak yang akan membolehkan perokok berhenti daripada tabiat itu untuk kebaikan,” ujarnya.

 Menurut Pankaj, THR adalah strategi yang diterima baik digunakan dan ini dapat dilihat melalui kajian yang dijalankan di United Kingdom yang menunjukkan bahawa bukan nikotin itu sendiri yang berbahaya kepada kesihatan manusia, sebaliknya penggunaannya dalam bentuk tradisional, rokok terbakar. 

Oleh itu, Malaysia mesti bergerak ke arah bukan sahaja mengguna pakai strategi THR untuk memerangi kelaziman merokok tetapi juga memperkenalkan undang-undang untuk mengawal penjualan dan skop apa yang dijual kepada orang ramai.

 Selain itu, Pankaj menjelaskan, larangan penjualan produk tembakau bagi mereka yang lahir selepas 2007 akan mengakibatkan isu rokok seludup meningkat daripada 56.6 peratus pada akhir 2022 kepada setinggi 60 peratus.

gambar hiasan

Ia juga memacu peningkatan saiz rokok seludup melonjak kepada RM5.9 bilion, berdasarkan data terkini, mengakibatkan kerugian RM283 juta kepada kerajaan dalam bentuk cukai tidak dikutip.

 Tambah beliau, berdasarkan kajian yang dijalankan di United Kingdom dan jika kita mampu mencapai kadar kejayaan yang sama, Malaysia juga berpeluang mendapat manfaat dalam bentuk kos penjagaan kesihatan yang lebih rendah disebabkan oleh kelaziman merokok yang lebih rendah. 

Kos penjagaan kesihatan Malaysia yang dikaitkan dengan merokok boleh dikurangkan sehingga 18 peratus atau RM1.33 bilion menjelang 2025 dengan andaian terdapat pengurangan antara 2.9 peratus  dan 4.5 peratus dalam kelaziman merokok jika Malaysia mengamalkan strategi THR. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI