fbpx

Maggi hargai kakitangan setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IVY (enam dari kiri) meraikan beberapa pekerjanya pada program kesetiaan kakitangan di pusat beli-belah Setia City, Shah Alam, baru-baru ini.

SHAH ALAM – Bagi mengenang jasa beberapa pekerjanya yang berdedikasi dalam tempoh jangka masa yang lama, Maggi Nestle Malaysia (Maggi) meraikan mereka dalam satu majlis ringkas di pusat beli-belah Setia City di sini, baru-baru ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Ivy Tan berkata, sambutan itu dibuat memandangkan kakitangan terlibat telah memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh mereka bekerja dengan syarikat.

“Misalnya Pengurus Bahagian Kualiti, Mohd. Khusaini Awang, yang sentiasa memastikan kualiti dan rasa mi segera Maggi sentiasa konsisten untuk dinikmati rakyat Malaysia sepanjang 27 tahun perkhidmatannya.

“Selain itu, seorang petani kami, Noraini Ismail selama 23 tahun telah memastikan kualiti cili yang digunakan untuk mana-mana produk MAGGI sentiasa berkualiti tinggi,” katanya ketika berucap dalam program Maggi Sah Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sumbangan yang diberikan beberapa pekerja ini telah menjadikan kesemua produk di bawah rangkaian Maggi menjadi pilihan utama kebanyakan rakyat Malaysia dalam tempoh lebih 20 tahun.

Ivy turut memberi komitmen bahawa Maggi akan terus mempertingkatkan kesemua produknya supaya dapat dinikmati lebih ramai individu.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua staf yang sentiasa bekerja 100 peratus, sehingga Maggi berada di tahap ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI