fbpx

Lelaki PJJ tunggang EX5 lebih 800 km untuk jumpa keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang diambil Nik Nur Haikal yang menunggang motosikal EX5 ketika berada berhampiran Plaza Tol Jalan Duta.

PETALING JAYA – Seorang lelaki terpaksa meredah perjalanan sejauh lebih 800 kilometer (km) setiap dua minggu demi berjumpa anak, isteri dan keluarga tercinta di kampung.

Lebih menghibakan, perjalanan yang memakan masa lebih 12 jam itu hanya dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Nik Nur Haikal memaklumkan dia bekerja di Skudai, Johor dan akan pulang ke kampung halamannya di Arau, Perlis setiap dua atau tiga minggu.

“Alhamdulillah, selamat smpai Arau, rutin setiap dua atau tiga minggu, gambar ini diambil di Plaza Tol Duta.

“Gerak pukul 6 petang semalam, sampai 8.28 pagi. Jenguk anak, isteri, mak abah yang dirindui,” tulisnya.

Mengulas lanjut, lelaki itu memberitahu lebih tujuh tahun berulang alik menggunakan motosikal tersebut kerana dia dan isteri adalah pasangan jarak jauh (PJJ).

“PJJ selama 7 tahun, buat masa ini EX5 je mampu. Alhamdulillah, selamat berhujung minggu semua sahabat,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mendoakan agar lelaki tersebut sentiasa selamat di jalan raya dan mendoakan agar dia dimurakan rezeki dan mendapat kenderaan yang lebih selesa untuk berulang alik.

“Semoga perjalanan pjj bro Nik Nur Haikal dipermudahkan tuhan. Semoga Allah merahmati tuan,”tulis Nazlan Azizi Abd Aziz.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Muzafar.

“Semoga anda dimurahkan rezeki untuk dapat kenderaan yang lagi selesa. Hanya doa saja yang mampu saya titipkan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI