PETALING JAYA – Selebriti dan juga usahawan jelita, Kylie Jenner mencetus kontroversi apabila dia menyatakan sokongan kepada Israel apabila memuat naik beberapa gambar di Instagram susulan serangan maut Sabtu lalu.
Jenner berkongsi imej bendera Israel yang disertai dengan teks, ‘Kini dan sentiasa, kami berdiri bersama rakyat Israel!’ di InstaStory miliknya.
Bagaimanapun, dia segera memadamkan siaran itu selepas menerima tindak balas daripada orang yang menyokong Palestin dan Hamas.
Tangkapan perkongsian InstaStory Jenner itu kini tular di media sosial hingga mengakibatkan dia dikecam.
“Kylie Jenner mengubah fikirannya seperti dia mengubah wajahnya,” tulis @geekedup di aplikasi X.
“Saya tarik balik perkara yang baik saya cakap mengenai dia,” tambah seorang lagi. – KOSMO! ONLINE