fbpx

Konflik Palestin-Israel: Waspada scammer minta sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Negara Palestin kini dilanda konflik peperangan sejak Sabtu lepas dengan pintu sempadan sudah ditutup. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan berhati-hati terhadap mana-mana scammer yang mengambil kesempatan mengumpul dana dan sumbangan ketika konflik perang antara Palestin dan Israel pada masa ini.

Mufti Perlis, Prof. Dato Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menerusi hantaran pada aplikasi X, beliau meminta masyarakat supaya berwaspada terhadap kegiatan ‘penunggang nama Palestin’ tersebut.

“Bila Palestin diserang, ramai scammer dalam negara kita akan mengambil kesempatan mengumpul dana kononnya untuk Palestin.

“Padahal untuk diri mereka sendiri. Hati-hati dengan penunggang nama Palestin,” katanya pada hantaran itu malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI