fbpx

Konflik Palestin-Israel: Washington hantar armada gempur kapal induk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal induk USS Gerald R. Ford berlayar berhampiran pulau Jeloya pada 24 Mei lalu. - AFP

WASHINGTON – Setiausaha Pertahanan,  Lloyd Austin menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS)  mengerahkan kumpulan gempur kapal induk dan lebih banyak  pesawat tentera untuk berada lebih dekat dengan Israel sebagai tanda sokongan.

Saluran berita NBC News melaporkan, Washington juga akan segera menghantar senjata dan peluru kepada Israel. 

Menurut Austin, beliau telah mengarahkan kapal induk USS Gerald R. Ford berlayar ke Laut Mediterranean.

Kumpulan gempur itu termasuk kapal induk  tersebut, sebuah kapal perang dan empat kapal pemusnah.

“Kami juga menambah skuadron pesawat tempur F-35, F-15, F-16 dan A-10 di rantau tersebut. Selain itu, kerajaan AS akan segera menyediakan peralatan dan sumber tambahan termasuk peluru.

“Bantuan keamanan pertama akan dihantar hari ini (kelmarin) dan tiba dalam beberapa hari akan datang. Memperkuatkan  pasukan gabungan selain penghantaran bekalan senjata membuktikan sokongan AS kepada tentera dan rakyat Israel,” kata Austin.

Komander Markas Pusat AS, Jeneral Michael Erik Kurilla berkata, beliau telah menggerakkan kumpulan gempur  itu. 

“Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (USCENTCOM) berdiri teguh bersama  Israel dan rakan serantau untuk menangani risiko daripada anasir yang ingin meluaskan konflik,” katanya.

AS juga mengusahakan rancangan untuk membantu rakyat negara itu keluar dari Israel. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI