fbpx

Konflik Palestin-Israel: Masjid Malaysia musnah dibom Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah masjid di Palestin hasil sumbangan dana rakyat Malaysia musnah dibom Zionis Israel.

PETALING JAYA – Masjid yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk penduduk Palestin beribadah musnah dibom Zionis Israel dalam kejadian kelmarin.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia iaitu Muslim Care Malaysia menerusi hantaran Facebook malam tadi.

“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan bom oleh Zionis lsrae|.

“Penghujung tahun 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik untuk rakyat Palestin.

“Malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, hari ini (kelmarin) 7 Oktober 2023, Masjid Muhammad Al Amin ini musnah keseluruhannya dan tidak lagi boleh digunakan,” menurut hantaran tersebut.

Gambar asal Masjid Muhammad Al Amin siap dibina 2013 hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk penduduk Palestin.

Muslim Care Malaysia memberitahu, bagaimanapun semangat jihad orang Islam tidak akan pernah pudar susulan kejadian tersebut.

“Sebagaimana kuatnya jiwa pejuang saudara kita di Palestin, begitu jugalah teguhnya hati-hati kita semua akan terus bersatu.

“Lebih banyak bantuan dan dana akan kita salurkan sebagai tanda sokongan kita kepada saudara kita di Palestin,” ujarnya.

Sementara itu, NGO tersebut mengajak umat Islam terus berdoa dan bermunajat yang sangat diperlukan ketika ini.

“Tembakan doa dan munajat antara sangat diperlukan. Teruskan berdoa dan bermunajat. Semoga kemenangan besar untuk Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI