fbpx

Konflik Palestin-Israel: 12 rakyat Thai maut, ribuan menunggu pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASAP menyelubungi Bandar Gaza semasa serangan udara Israel semalam. – AFP

BANGKOK – Seramai 12 rakyat Thailand terbunuh dalam konflik antara Israel dan Hamas, kata kerajaan Thai hari ini ketika Bangkok bersedia untuk membawa pulang rakyatnya.

Jurucakap Kementerian Luar, Kanchana Patarachoke berkata, Kedutaan Thai di Israel mendapat tahu tentang kematian mereka daripada pihak majikan.

Menurutnya, lapan lagi warga Thai cedera dan 11 ditawan sejak perang tercetus apabila Hamas melancarkan serangan berskala besar kelmarin.

Terdapat kira-kira 30,000 pekerja Thailand di Israel, demikian menurut kementerian buruh Bangkok, dengan ramai antara mereka bekerja dalam sektor pertanian.

Menteri Buruh, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, tentera Israel telah mula memindahkan pekerja asing dari zon perang.

“Seramai 1,099 pekerja telah mendaftar untuk pulang. Kami mempunyai 5,000 warga Thai yang bekerja di zon perang,” kata Phiphat.

Jurucakap kementerian luar, Kanchana pula berkata, pesawat tentera udara Thailand bersiap sedia untuk membawa rakyat negara itu pulang, namun tarikh dan butiran lain sedang diputuskan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI