fbpx

Jennifer Lopez benci badan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
J.LO

BINTANG Hollywood Jennifer Lopez pernah berasa benci dan tiada keyakinan terhadap bentuk tubuh sendiri selepas melahirkan anak kembarnya, Max dan Emme Muniz pada 2008.

Kata selebriti berusia 54 tahun itu, bentuk tubuhnya berubah drastik sehingga dia malu berdepan khalayak.

“Selepas bersalin anak kembar, badan saya seperti ibu 10 orang anak. Saya sangat malu dan tidak yakin dengan diri sendiri,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelantun On The Floor itu mendapatkan khidmat jurulatih kesihatan terkenal, Tracy Anderson untuk membantunya mendapatkan semula bentuk tubuh asalnya.

Anderson yang juga jurulatih kesihatan selebriti seperti Jennifer Aniston dan Kim Kardashian berjaya mengembalikan semula keyakinan Lopez apabila memberi dorongan dan inspirasi untuk berfikiran positif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI