fbpx

Isu kalimah Allah: Dipersembah ke Majlis Raja-Raja akhir bulan ini – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama badan pengurusan agama, di Putrajaya, hari ini. -Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan hasil libat urus berhubung isu penggunaan kalimah Allah akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja pada akhir bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil libat urus itu akan di bawa ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 25 hingga 28 Oktober ini.

Beliau berkata, segala input termasuk pandangan dan sebagainya yang diputuskan pada mesyuarat itu akan dibawa semula ke KDN untuk diteliti sebagai panduan merangka suatu arahan pentadbiran yang baru.

“Perkara berkaitan agama Islam, raja adalah pihak berautoriti perlu dibentang ke Majlis Raja-Raja dan input daripadanya kemudian akan dihantar balik ke KDN untuk diteliti,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai sesi libat urus bersama badan pengurusan agama, di sini hari ini.

Katanya, sesi libat urus bersama badan pengurusan agama hari ini adalah siri libat urus terakhir selepas mengadakan pertemuan dengan kumpulan cendekiawan Islam, ahli akademik, aktivis perundangan sivil dan syariah sebelum ini.

Saifuddin berkata, sesi libat urus itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi 10 Mac 2021 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman wanita beragama Kristian dikenali Jill Ireland yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI