PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dilanda hujan dan ribut petir, pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan dan ribut petir di Semenanjung hanya melibatkan beberapa tempat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
“Selain itu, di Sabah, hujan tertumpu di beberapa daerah seperti Pedalaman, Pantai Barat, dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.
“Bagi Sarawak pula, hujan dan ribut petir dilaporkan di bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Bintulu dan Limbang,” katanya dalam hantaran sama. – KOSMO! ONLINE