fbpx

Giroud ganti penjaga gol bantu AC Milan menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD mengambil alih tugas penjaga gol selepas Maignan dilayangkan kad merah ketika Milan menang tipis 1-0 ke atas Genoa pada aksi di Stadium Luigi Ferraris awal pagi semalam. – AC MILAN

GENOA – AC Milan melonjak ke kedudukan teratas saingan Serie A selepas mencatat kemena­ngan tipis 1-0 ke atas Genoa pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Luigi Ferraris awal pagi semalam.

Pemain sayap, Christian Pulisic menjadi wira pasukan apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-87, sekali gus membantu Milan memintas kedudukan pencabar terdekat, Inter Milan de­ngan perbezaan dua mata.

Perlawanan itu turut me­nyaksikan penjaga gol kedua-dua pasukan dilayangkan kad merah dengan penyerang Milan, Olivier Giroud mengambil alih tugas Mike Maignan bagi mengawal pintu gol pasukan.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada awalnya Christian Pulisic mahu mengambil tugas sebagai penjaga gol, namun dia terlalu rendah. Justeru, saya memberikan tugas itu kepada Giroud.

“Banyak perkara yang pelik berlaku sepanjang perlawanan dan memang kami tahu ia akan menjadi satu aksi sukar. Bagaimanapun, semua pemain menunjukkan mentaliti untuk menang,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli.

Walaupun berjaya menerajui saingan Serie A, namun Pioli enggan berada dalam keadaan terlalu selesa kerana beliau menganggap liga masih panjang dan apa sahaja boleh berlaku sekiranya mereka terleka.

“Masih terlalu awal untuk menentukan siapakah akan jadi juara kerana ada tiga atau empat pasukan yang boleh mencabar Scudetto. Selepas aksi Liga Juara-Juara sebelum ini, saya fikir ­prestasi kami cukup baik bertemu Genoa,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI