fbpx

Dewan Rakyat: Perolehan kapal LCS dilanjutkan lagi, jangka terima 2029

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tempoh masa bagi pembinaan lima Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan dilanjutkan lagi kepada 83 bulan dan dijangka kesemua kapal tersebut bakal diperoleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2029.

Naib Pengerusi Jawatan Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Shu Qi berkata, kontrak asal sebelum ini iaitu penyerahan pada tahun 2022 itu tiada kemajuan bagi pembinaan LCS sejak daripada lawatan PAC pada 11 Disember 2021 hingga lawatan PAC pada 10 Jun 2023.

“Melalui pelan mobilisasi yang terkandung dalam SA 5 yang ditandatangani pada 31 Mei 2022, Mindef (Kementerian Pertahanan) merancang dengan lebih teliti selepas kegagalan menepati jadual asal pembinaan LCS di mana keenam-enam kapal sepatutnya siap pada tahun 2023.

“Isu utama ‘detailed design’ LCS masih belum diselesaikan yang mana kini berada pada kadar 96 peratus kesiapan di peringkat kontraktor pembinaan dengan hanya 84 peratus sahaja telah melalui peringkat pengesahan, verifikasi dan kelulusan oleh pihak Naval Group daripada Perancis sebagai penguasa reka bentuk LCS.

“Bagaimanapun kontraktor pembinaan memberi jaminan bahawa detailed design perlu disiapkan sebelum Ogos 2024 seperti yang terkandung dalam SA 6,” katanya ketika sidang akhbar di Lobi Parlimen hari ini.

Selain daripada itu, keputusan untuk mengurangkan daripada enam kepada lima kapal LCS dibuat berikutan pembinaan blok LCS 6 masih belum dimulakan dan peralatan yang telah dibeli boleh digunakan untuk kapal LCS yang lain.

“Walaupun bilangan LCS dikurangkan kepada lima, kos pembinaan LCS meningkat daripada RM9.128 bilion kepada RM11.22 bilion dengan pertambahan sebanyak RM2.098 bilion berpunca daripada kos bagi reka bentuk (RM0.211 bilion).

“Manakala harga peralatan (RM1.214 bilion), insurans dan risiko (RM0.466 bilion), kos kewangan (RM0.143 bilion), kos pengurusan projek (RM0.066 bilion),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI