fbpx

Dewan Rakyat: Jumlah stok beras negara 820,482 tan metrik, boleh bertahan 4 hingga 5 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. -Foto JPM

KUALA LUMPUR – Kedudukan terkini jumlah stok beras negara sehingga 3 Oktober 2023 adalah sebanyak 820,482 tan metrik yang terdiri daripada 250,000 tan metrik stokpail kerajaan dan 570,482 tan metrik stok dagangan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah tersebut adalah mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.

Justeru katanya, pihak KPKM telah mengadakan langkah-langkah intervensi yang telah dan sedang dijalankan antaranya pada 20 September lalu Program Khas Beras Putih Tempatan telah dilancarkan.

“Sehingga 7 Oktober 2023 sebanyak 708,978 kampit beras putih tempatan (BPT) 10 kilogram (kg) telah diedarkan di seluruh Semenanjung melalui rantaian peruncit seperti pasaraya, rantaian premis serta outlet FAMA dan lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

“Pecahan agihan adalah pasaraya sebanyak 423,816 kampit (60 peratus), FAMA – 109,829 kampit (16 peratus), LPP – 60,240 kampit (9 peratus) dan 103 – pemborong (edaran peruncit) adalah sebanyak 115,093 kampit (16.2 peratus),” jelasnya ketika sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, langkah tersebut mengambarkan FAMA dan LPP hanya diberi peranan dalam tempoh intevensi manakala pasaraya dan pemborong, peruncit terus diberi peranan utama memasarkan BPT di pasaran.

Program tersebut katanya akan dilaksanakan bagi tempoh setahun bagi memastikan bekalan BPT stabil, cukup dan terjamin.

“Pihak kementerian juga telah mengadakan sesi libat urus dengan beberapa persatuan termasuk restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil pada 15 September 2023.

“Persetujuan telah dicapai untuk memberikan lesen borong kepada persatuan bagi membolehkan mereka membeli beras putih import (BPI) pada harga borong di pintu gudang tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah dipermudahkan.” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI