fbpx

Cuaca buruk di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di seluruh negara petang ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawang Met Malaysia hari ini, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak.

“Di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang pula dijangka mengalami hujan lebat di satu dua tempat.

“Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut diramal mengalami hujan lebat di satu dua tempat,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, di Sabah, ribut petir diramal berlaku di Tawau, Sandakan serta Kudat manakala kawasan Pedalaman dan Pantai Barat dijangka hujan.

“Di Sarawak pula, hujan lebat diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” jelasnya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE*

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI