fbpx

BN hilang majoriti undi DUN Pelangai kerana calon difitnah – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Halal On Track di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa antara punca utama Barisan Nasional (BN) mengalami penurunan majoriti undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, disebabkan fitnah yang dilemparkan parti pembangkang terhadap calonnya.

Katanya, penurunan tersebut adalah suatu yang biasa dalam mana-mana PRK namun, beliau menyifatkan sekiranya calon bertanding ‘diterjah’ dengan fitnah serta pelbagai isu berbangkit pasti menjejaskan jumlah undian mereka.

“Dalam mana-mana pun PRK, siapa pun calon jika diterjah fitnah dan isu, pasti majoriti mereka akan terjejas tapi kemenangan (BN) itu bukan kemenangan yang kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Halal On Track di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tetap berbangga dengan kemenangan yang diraih calon BN, Datuk Amizar Abu Adam pada PRK DUN Pelangai lalu dengan dengan majoriti 2949 undi.

Terdahulu, kemenangan majoriti yang diraih Amizar dibandingkan dengan jumlah undian calon BN, Datuk Seri Johari Harun pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) apabila memperoleh majoriti 4,048 undi.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu selepas Johari meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI