fbpx

Bapa tiga anak didenda RM2,500, mengaku tak tahan lihat tubuh wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Seorang bapa tiga anak didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata lucah terhadap juruwang wanita, Ogos lalu.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Affan Razali, 31, yang membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan, didapati mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang remaja perempuan berusia 19 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 4.16 pagi di sebuah kedai serbaneka di sini, pada 7 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar memohon agar hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan hanya bekerja sebagai pemotong rumput dan perlu menanggung isteri yang tidak berkerja serta tiga anak masih kecil.

Ujarnya, kesalahan itu dilakukan selepas didorong oleh perasaan tergoda melihat bentuk tubuh badan mangsa dan sudah insaf.

Nabilah bagaimanapun tidak bersetuju dengan hujah tertuduh memandangkan rakaman televisyen litar tertutup di premis menunjukkan mangsa tidak memakai pakaian mencolok mata, sebaliknya hanya memakai baju T.

Beliau memerintah tertuduh membayar denda sebanyak RM2,500 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI