fbpx

ADUN Gemas dilantik Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ridzuan Ahmad.

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Ridzuan Ahmad dilantik sebagai ketua pembangkang bagi sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15.

Perkara tersebut diumumkan Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd. Rahman ketika perutusan pada Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan Yang Ke-15 hari ini.

Jelas beliau, ia selepas pihaknya menerima notis daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi surat kepada Setiausaha DUN bertarikh 25 September berhubung penetapan Ridzuan sebagai ketua pembangkang DUN Negeri Sembilan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, Ridzuan menang di kerusi DUN Gemas dengan majoriti 3,120 undi.

DUN Gemas merupakan salah satu daripada lima buah kerusi DUN yang dimenangi PN di Negeri Sembilan.

Gabungan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pula memenangi 31 buah kerusi DUN lagi sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI