fbpx

90 peratus latihan ala ketenteraan diterapkan dalam PLKN 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (dua dari kiri) membaca Buku 50 Tahun LKTN selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas dan Anugerah Penanam Jaya Kebangsaan 2023, LKTN di Hotel The Grand Renai, Kota Bharu sebentar tadi. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi menggunakan 90 peratus konsep latihan ala ketenteraan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, 10 peratus lagi konsep yang akan diterapkan adalah pendekatan melibatkan tatanegara.

Menurutnya, sehubungan itu, disiplin ketenteraan akan dibangunkan dalam usaha untuk melahirkan belia gagah, perkasa dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

“Pendekatan PLKN 3.0 berbeza apabila ia mengetengahkan 90 peratus konsep ketenteraan dan 10 peratus lagi aspek tatanegara kepada belia.

“Selain perbelanjaan untuk melaksanakan PLKN 3.0 juga berbeza apabila ia hanya menelan belanja sebanyak RM100 juta. Pelaksanaan PLKN yang dahulu mencecah RM500 juta,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Jubli Emas dan Anugerah Penanam Jaya Kebangsaan 2023, LKTN di Hotel The Grand Renai di sini sebentar tadi.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, PLKN 3.0 dengan kaedah menjalani latihan di kem tentera bakal diperkenalkan.

Menurutnya, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari, dengan kapasitinya mampu menampung seramai 4,000 pelatih.

“Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.

“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan ‘template’ baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.

“Kita mahu supaya kali ini, kita tidak berbelanja banyak tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI