fbpx

16 individu kaki sabung ayam bertempiaran lari diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ayam sabung yang dirampas dalam serbuan judi laga ayam di kawasan Felda Tunggal, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – 16 individu termasuk tiga warga asing lari bertempiaran selepas diserbu polis ketika leka berjudi laga agam di kawasan Felda Tunggal di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, cubaan mereka melepaskan diri bagaimanapun tidak berhasil apabila mereka dicekup anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Timbalan Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz berkata, kesemua suspek yang ditahan berumur 25 hingga 60 tahun dimana dua daripadanya didapati positif dadah.

“Dalam operasi itu pihak polis turut merampas lapan ekor ayam jantan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan judi laga ayam, gelanggang, peralatan laga ayam serta wang tunai bernilai RM5,473.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua tangkapan juga mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methampethamin,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Azaham berkata, permohonan reman dibuat ke atas semua suspek hari ini di Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32(1)(a) dan 32(2) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Kes turut disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan Sekyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI