fbpx

Yonnyboii pertahan isteri, akui hantaran Instagram cuma salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YONNY sentiasa menasihatkan isterinya supaya berhati-hati termasuk sebelum berkongsi sebarang perkara dalam media sosial.

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Yonnyboii mengakui wujud salah faham dalam kalangan orang ramai berhubung perkongsian isterinya, Nik Nazira Narriman yang berkongsi mengenai keizinan keluarga terhadap pemilihan pakaiannya.

Katanya, hantaran dimuat naik yang mencetuskan kecaman itu adalah status milik pengguna akaun media sosial lain yang dinaikkan semula dalam Instagramnya.

“Perkara itu sebenarnya salah faham kerana video tersebut sebenarnya dia hanya ‘repost’ perkongsian dari TikTok dan video itu pun bukan kepunyaan dia.

“Mungkin isteri saya tidak sangka perkara tersebut akan buat segelintir pihak terasa, tapi niatnya cuma mahu ulang siar, apatah lagi ayat tersebut bukan ditulis sendiri.

“Ibu mentua saya juga turut bertanyakan kenapa ‘post’ macam tu, tetapi isteri saya sudah jelaskan kepada keluarga berkenaan salah faham dalam kalangan masyarakat ,” katanya.

Yonny atau pemilik nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, baharu melancarkan album baharu berjudul Persona di Putrajaya Challenge Park, semalam.

Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata itu mengakui sentiasa menasihatkan isterinya supaya berhati-hati termasuk sebelum berkongsi apa-apa perkara dalam media sosial.

“Memang saya selalu pesan minta dia berhati-hati kalau nak ‘post’ sesuatu. Banyak mata memerhati dan tunggu waktu untuk menyerang.

“Cuma tentulah dia pelik dan binggung sebab hantaran dibuatnyq termasuk ulang siar daripada akaun lain turut meninggalkan impak kepada netizen,” katanya.

Nama Nik Nazira yang juga pempengaruh media sosial kerap terpalit kontroversi sejak memilih untuk kembali menanggalkan tudung sekitar tahun lalu.

Terbaru dia memuat naik ayat di laman sosial yang didakwa segelintir pihak seperti meminta orang ramai tidak mempersoalkan cara pemakaiannya disebabkan sudah dapat keizinan keluarga.

“Selagi mak dan suami saya benarkan untuk pakai apa sahaja yang saya mahu, anda tiada hak menegur atau memberikan komen terhadap apa yang saya pakai,” tulisnya.

Sebelum ini Nik Nazira juga pernah menafikan dakwaan mengalami kejutan budaya selepas berkahwin dengan penyanyi rap terbabit.

Yonny dan wanita itu bergelar suami isteri pada 20 November 2021 selepas sebulan mengikat pertunangan.

Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pada ,19 Julai lalu yang dipanggil sebagai Baby Kai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI