fbpx

Serangan Hamas bukti Israel tidak mampu lindungi negara Arab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berbilang roket dilancarkan pejuang Palestin dari Kota Gaza ke arah Israel semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menyatakan bahawa Israel tidak mampu memberikan perlindungan kepada negara-negara Arab meskipun dengan termeterainya perjanjian diplomatik, lapor akhbar Arab News.

Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, Ismail merujuk kepada negara-negara Arab yang telah menormalkan hubungan dengan Tel Aviv dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami mahu memberitahu kepada semua negara termasuk saudara Arab kami bahawa entiti ini (Israel) yang tidak dapat melindungi dirinya daripada musuh, tidak dapat memberi anda sebarang perlindungan.

“Semua normalisasi perjanjian yang anda tandatangani bersama entiti itu (Israel) tidak dapat menyelesaikan konflik (Palestin),” tegasnya.

Ismail selain itu turut memberitahu bahawa pejuang Palestin berhasrat untuk meluaskan pertempuran di Gaza ke Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

“Pertempuran akan bergerak ke tengah-tengah ‘entiti zionis’. Ini merupakan kekalahan dan penghinaan terhadap musuh kita (Zionis), askar dan penerokanya.

“Apa yang berlaku mendedahkan kehebatan persiapan kami. Apa yang berlaku hari ini juga mendedahkan kelemahan musuh,” kata Ismail.

Sementara itu, pemimpin sayap tentera Hamas, Mohammed Deif berkata, serangan semalam dilakukan sebagai tindak balas kepada sekatan ke atas Gaza selama 16 tahun, serbuan Israel di Tebing Barat sepanjang tahun lalu, keganasan di Masjid Al-Aqsa serta serangan meningkat oleh peneroka Yahudi ke atas rakyat Palestin dan pertambahan pendudukan haram.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, lebih 200 warga Israel maut dalam serangan berskala besar semalam. 

Menurut pegawai Gaza, serangan udara di kawasan pesisir pantai Gaza telah mengorbankan seramai 232 orang dengan hampir 1,700 lagi cedera. – AFP/Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI