fbpx

Ratusan penduduk Palestin, Israel terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba Palestin memadamkan kebakaran di bangunan kediaman yang musnah di Kota Gaza hari ini. - AFP

GAZA – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza menyatakan bahawa 256 rakyat Palestin termasuk 20 kanak-kanak terbunuh akibat serangan udara Israel sejak 24 jam lalu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.

Menurutnya, seramai 1,788 yang lain cedera.

Terdahulu, Tentera Udara Israel menyiarkan rakaman serangan udara ke atas berbilang bangunan di Semenanjung Gaza di mana sasaran tentera Hamas berada.

Maklumat dari Gaza sukar diperoleh tetapi gambar dan rakaman di media sosial menunjukkan sebilangan bangunan termasuk masjid menjadi timbunan runtuhan.

Rakaman lain pula menunjukkan penduduk Gaza mencari perlindungan di hospital-hospital.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini memberi amaran mengenai ‘perang sukar dan panjang’ ketika pertempuran dengan Hamas menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh di kedua-dua belah pihak.

Perang tercetus selepas pejuang Palestin melancarkan serangan mengejut ke atas Israel.

Konflik paling berdarah dalam tempoh berdekad-dekad itu menyaksikan Hamas melancarkan serangan roket besar-besaran di samping serangan darat udara dan laut kelmarin.

Israel menyatakan, siri serangan itu membunuh lebih 200 penduduk Israel dan mencederakan 1,000 yang lain, manakala sebilangan askar dan orang awam Yahudi dijadikan tebusan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI