fbpx

Rangers singkirkan Lampard dari senarai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD

GLASGOW – Harapan Frank Lampard untuk kembali ke bidang kejurulatihan tidak menjadi kenyataan selepas namanya tiada lagi dalam pertimbangan Rangers untuk menggantikan tempat Michael Beale yang dipecat minggu lalu.

Jaguh Scotland itu terpaksa memecat Beale, 43, yang gagal memastikan Rangers mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini apabila tewas 3-7 secar agregat kepada PSV Eindhoven dalam playoff sebelum ini.

Ia sekali gus menjadikan Lampard, 43, menjadi antara calon hangat untuk mengisi kekosongan tersebut tetapi malangnya legenda Chelsea itu terpaksa menunggu lebih lama untuk kembali ke tepi padang.

“Lampard telah mengadakan rundingan awal dengan Rangers untuk mengetahui projek kelab itu. Beliau kini tiada lagi dalam senarai pendek untuk dipanggil temu duga,” menurut sumber dalaman Rangers.

Sebab utama bekas perancang tengah England itu tiada dalam senarai Rangers adalah kerana rekod buruknya bersama Everton yang hanya berjaya merekodkan 22 kemenangan daripada 44 perlawanan dari 31 Januari 2022 hingga 23 Januari 2023.

Kini, Rangers mengalihkan perhatian mereka untuk mendapatkan ketua jurulatih Yokohama F. Marinos, Kevin Muscat atau bekas pengendali AS Monaco, Philippe Clement.

Beberapa nama turut disenarai pendek seperti bekas pengendali Eintracht Frankfurt, Oliver Glasner, Kjetil Knutsen (Bodo Glimt) dan Pascal Jansen (AZ Alkmaar).

Buat masa ini, Steven Davis akan meneruskan tugasnya sebagai ketua jurulatih sementara untuk aksi liga seterusnya menentang pasukan di tangga kedua, St. Mirren di Paisley malam ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI