fbpx

Rakan disangka sedang tidur, rupanya mati jatuh kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Disangka tidur di dalam bilik, rupanya terjatuh kondominium.

Itu yang berlaku terhadap seorang wanita warga Vietnam yang ditemui maut di dalam longkang selepas terjatuh sebuah kondominium di Jalan Syed Abdul Aziz, Bandar Hilir, di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, Nguyen Thi Hong Loan, 26, berasal dari An Giang, Vietnam jatuh dari tingkat 12 di blok B, kondominium berkenaan.

Beliau berkata, menurut saksi yang juga rakan serumah mangsa, wanita itu yang datang dari Seremban, Negeri Sembilan telah duduk di rumahnya selama tiga bulan mulai awal Julai lalu.

Katanya lagi, mangsa dikatakan akan pulang ke Vietnam minggu depan kerana mahu menyelesaikan permasalahan bapanya di kampung.

“Si mati juga ada mengatakan yang dia berasa sangat tertekan kerana bapanya di kampung selalu menelefonnya meminta duit sebanyak RM20,000 untuk tujuan tidak pasti.

“Semalam lebih kurang pukul 10.30 malam, saksi mengatakan selepas selesai makan malam bersama si mati, saksi telah ke dapur untuk mencuci pinggan mangkuk dan pada ketika itu si mati berada berseorangan di ruang tamu.

“Selepas 15 minit selesai mencuci pinggan, saksi ke ruang tamu dan mendapati si mati tiada di ruang tamu dan saksi tidak mengesyaki apa-apa yang berlaku, sebaliknya menganggap si mati telah masuk ke bilik untuk tidur.

“Pada pukul lebih kurang 12.05 tengah malam, saksi terdengar bunyi siren ambulans di bahagian bawah blok rumah dan berasa curiga dan telah melihat ke tingkat bawah rumah lalu mendapati, si mati telah berada dalam longkang bawah blok rumahnya dalam keadaan tertiarap,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur perbuatan jenayah.

“Menurut saksi sama, si mati sebelum ini pernah dilihat dalam keadaan gelisah dan kemurungan dan mengatakan mahu membunuh diri akibat tertekan desakan bapanya yang meminta duit.

“Sedangkan si mati tidak mempunyai duit dan telah beberapa bulan tidak bekerja,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI