fbpx

Pondok bayaran tempat letak kenderaan baru siap musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pondok bayaran tempat letak kenderaan yang terbakar disyaki akibat perbuatan khianat di Dataran Rimba, Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Tidak sampai 48 jam siap dibina, sebuah pondok bayaran tempat letak kenderaan musnah terbakar disyaki disebabkan perbuatan khianat di Pusat Perniagaan Dataran Rimba, Gong Badak di sini hari ini.

Pondok bayaran tempat kenderaan yang siap dibina pada kelmarin tersebut disedari telah terbakar oleh seorang pekerja sebuah premis perniagaan berhampiran pada pukul 9 pagi.

Dia yang mahu dikenali sebagai Hani, 28, mendakwa, pondok bayaran tersebut masih dalam keadaan baik sewaktu dia pulang ke rumah setelah berakhir syif kerjanya pada pukul 9.30 malam tadi.

“Terkejut saya mendapati ia sudah musnah terbakar sewaktu saya tiba di tempat kerja pada pukul 9 pagi tadi dan saya tidak perasan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan sekitar sejak semalam,” dakwanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hani memberitahu, sebelum ini, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pernah mengenakan caj RM1 bagi meletak kenderaan di Pusat Perniagaan Dataran Rimba, namun mendapat bantahan daripada orang ramai.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din ketika dihubungi memberitahu, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI