fbpx

Perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen-Dayang Anisha Rosnah tahun depan berlangsung 8 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen-Dayang Anisha Rosnah tahun depan

PETALING JAYA – Ramai gadis patah hati apabila mengetahui anakanda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal bernikah dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari tahun hadapan.

Istiadat Perkahwinan Diraja itu dilaporkan bakal berlangsung selama lapan hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024 dan diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.

Pada hari ketiga iaitu pada 9 Januari, akan berlangsung Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari sebelum diikuti dengan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada keesokan harinya.

Seterusnya Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bakal berlangsung pada 11 Januari.

Acara kemudian diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.

Difahamkan, Dayang Anisha ialah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menyifatkan istiadat tersebut pasti bakal menjadi ‘wedding of the year’, selain ada juga yang berkata patah hati dengan berita pernikahan tersebut.

“Lebih seminggu majlis, memang wedding of the year ini. Agak-agak kerabat raja negara lain datang ke?,” soal Lydiah.

“Prince Mateenku dah nak berkahwin, tak mengapalah saya terlalu ‘hauk’ untuk dia,” kata Mei.

“Hari patah hati sedunia, tapi calonnya sangat cantik,” kata Bil.

“Jom semua kita ‘move on’, selamat berbahagia Prince Mateen,” kata Najlaa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI